Isnin, 28 Mac 2011

FILEM SENJAKALA_14 APRIL 2011

Filem Senjakala adalah filem
arahan terbaru Ahmad Idham
dan filem keempat terbitan
Excellent Pictures. Antara pelakon
yang terlibat, Zahiril Adzim,
Liyana Jasmay, Kamal Adli dan
ramai lagi. Filem ini telah
menjalani pengambaran di
sekitar Bukit Cerakah, Hulu
Langat, dan FRIM (Kepong),
selama lebih kurang 30 hari.

Sinopsis Senjakala

Karlisa, baru saja kematian
tunangnya di dalam sebuah
kemalangan jalan raya. Sejak itu,
Karlisa mendapat mimpi pelik
yang memanggil-manggil gadis
itu untuk pulang ke kampung
ibunya iaitu Kg Senja Lama.
Karlisa pernah membesar di
kampung tersebut sewaktu kecil,
tetapi berpindah ke Kuala
Lumpur dan sejak itu tidak
pernah pulang semula ke sana.
Secara sembunyi-sembunyi,
Karlisa bersama teman rapatnya,
Isabella, pergi ke Kg Senja Lama.
Mereka pergi semula rumah
kampung keluarga Karlisa dan
terkejut apabila mendapati Opah
Maimoon, yang selama ini
dianggap sudah meninggal
dunia, masih hidup dan tinggal
di rumah tersebut.
Di kampung itu juga, Karlisa
bertemu dengan seorang lelaki
penuh misteri bernama Armand.
Armand seorang yang pendiam
dan kera sumbang. Orang-orang
kampung menghindari Armand
kerana Armand mempunyai saka.
Armand juga mempunyai
kelebihan di mana, setiap gadis
yang melihatnya, akan jatuh cinta
kepadanya. Armand juga pernah
bertunang, tetapi tuang bernama
Harlina itu meninggal dunia,
pada malam hari pertunangan
mereka.
Karlisa mulai rapat dengan
Armand dan melalui Armand,
Karlisa mula mengetahui tentang
sejarah keluarganya sendiri.
Karlisa juga berkenalan dengan
Intan, adik kepada Harlina, bekas
tunang Armand. Intan dan
keluarganya amat membenci
Armand dan juga Karlisa, yang
dikaitkan dengan kematian
Harlina.
Rupa-rupanya, Armand membela
saka yang sepatutnya diwarisi
oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil
ke kampung oleh saka yang
mahu pulang ke tuan asalnya.
Armand yang telah jatuh cinta
dengan Karlisa, tidak mahu
menyerahkan saka tersebut.
Tetapi karlisa yang sedar ibunya
telah lari daripada
tanggungjawab keturunannya
bagi membela saka, berdegil
mahu bertanggungjawab. Ibu
Karlisa, Puan Mazidah, tidak
mahu menerima saka daripada
Opah Maimoon kerana mahu
menyelamatkan suaminya Tuan
Shapie, dari menjadi mangsa
saka.
Akibatnya, ayah Armand, Tuan
Salleh yang berada di sisi Opah
maimoon sewaktu perempuan
itu nazak, mengambil saka
tersebut kerana kasihan. Namun,
saka hanya menumpang dan
tidak boleh dimusnahkan, selagi
perjanjian di antara tuan asalnya
tidak dibatalkan.
Akhirnya, Armand setuju
memberi saka itu semula kepada
Karlisa dengan harapan sebaik
saka kembali kepada tuan
asalnya, saka itu boleh
dimusnahkan dengan bantuan
seorang ustaz, Ustaz Zailan.
Namun saka itu tidak musnah
dan masih berada bersama-sama
Karlisa.

Syokkan jom la serbu panggung2 yang berdekatan 14 APRIL 2011 ni.

Tiada ulasan: