dunia sekarang dah tunggang terbalik lah.
Owang kaya, walau pun dah berkahwin dua,
still ada perempuan simpanan[ bagi si suami] , money boy [bagi si isteri].
Ni semua ada kena mengena dengan satu khabar angin yang bertiup kencang.
Story nye macam ni, ada sowang DATUK tu dah berkahwin dua, tp madu-madunye saling tidak mengenali antara satu sama lain. Berbalik pada cerita datuk tadi dah ada isteri dua tapi still menggatal dengan sowang wanita muda ni.
Dalam masa yang same isteri tua datuk tersebut sering berasa sunyi, so dia p0n ada jugak sowang anak ikan.
Pada satu hari, Datuk mendapat berita tentang isteri pertama nye yang curang.
Lalu datuk itu pon mengupah detektif untuk menyiasat kes kecurangan isterinya.
Setelah berbulan menyiasat, datuk mendapat berita tentang anak ikan isterinya. Detektif bekenaan memberitahu bahawa anak ikan isterinya adalah anak seorang Datuk yang terkenal.
Detektif itu mengatakan budak tersebut merupakan ank datuk s, datuk tersebut terkejut kerana dialah datuk s tersebut.
Jadi datuk tersebut terpaksa mengaku kepada isterinya yang dia sudah berkahwin dua. Dan anak ikan isteri nya adalah anak madunya.
Datuk terpaksa mengaku kerana dia xnak family dia berdosa dengan ada masalah sumbang mahram.
Setahun kemudian, datuk tersebut ingin berkahwin sowang lagi dengan perempuan simpanan nye yang lama. Tetapi perempuan tersebut sudah berkahwin. Datuk tersebut pelik kerana dia menyangka bakal isterinya masih single. Datuk tersebut terus meninggalkan perempuan tersebut. Tetapi dia still musykil dengan suami perempuan tersebut.
Jadi sekali lagi detektif yang pernah diupah untuk menyiasat kes isterinya diupah.
Siasat punya siasat detektif tersebut telah membawa berita tentang perempuan simpanannya.
Rupa2 nya dia berkahwin kerana ditangkap basah di sebuah hotel dengan sowang laki. Detektif tersebut menerangkan bhawa lelaki yang berkahwin dengan bekas perempuan simpanan tu adalah anak datuk tu sendiri. Hahahaha detektif tersebut ketawa kerana dia berasa lawak bahawa keluarga datuk tersebut seperti cerita p.ramlee iaitu cerita keluarga 69..
Hahaha kebenda ntah entry yang aku post ni.
Yang penting xde kena mengena dngan yang hdop dan yang dah mati.
Sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan