Ahad, 17 April 2011

lepas laung azan baru jumpa

Masa aku kecik2 dulu, ayah aku pun pernah cerita yang dia masuk hutan waktu tengahhari, pastu sesat xjumpa jalan balik, tapi biler dah azan maghrib baru jumpa jalan keluar.
Ni pulak berlaku kat bukit mertajam.
Di copy paste dari metro online:

BUKIT MERTAJAM: “Selepas
melaungkan azan berkali-kali,
baru saya terdengar suara Hanif
minta tolong, ” kata seorang
penduduk Kampung Cherok To’
Kun, di sini, yang terbabit dalam
operasi mencari mangsa sesat
dalam hutan Bukit Mertajam,
kelmarin.
Shahruddin Che Amat, 38,
berkata selepas mendengar
suara mangsa, dia bersama
beberapa penduduk terpaksa
meredah dan menebas belukar
sejauh 10 meter sebelum
menemui Mohd Hanif Hashim, 23,
dalam gaung.
Mohd Hanif ditemui jam 12
tengah malam semalam dalam
keadaan keletihan selepas sesat
dalam hutan kira-kira tujuh jam.
Shahruddin berkata, sebaik
mengenal pasti Mohd Hanif
berada dalam gaung sedalam
kira-kira enam meter itu, dia
meminta dua remaja turun ke
gaung untuk menyelamatkan
mangsa.
“Kami dapat mengenal pasti
lokasinya selepas berhubung
melalui telefon bimbit serta
butiran kawasan yang
diberitahunya.
“Dua remaja kampung ini
terpaksa turun ke gaung untuk
membantu dan
menyelamatkannya, ” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa,
Hashim Ibrahim, 53, berkata
anaknya kerap mendaki bukit
berkenaan tetapi kali ini anaknya
menggunakan laluan baru.
Katanya, Mohd Hanif
menghubunginya jam 6.45
petang memaklumkan sesat di
hutan itu sebelum dia meminta
bantuan pihak berkuasa dan
penduduk.

Tiada ulasan: