Sabtu, 23 April 2011

sperma mati dek gadis penyedap

Sumber dari harian metro...
Yang terok nye menda ni berlaku kat negeri tempat tinggal jal

IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan ‘gadis penyedap’ sudah lama berlalu, namun episod
derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila
doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit
dikenali sebagai Clymidia yang
berpunca daripada hubungan kelamin.
Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.
“ Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang
kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat, ” katanya.
Menurut Mail, dia bekerja sebagai
pemandu treler yang kerap menghantar kontena ke hampir
semua bandar besar termasuk Singapura sejak usianya 26
tahun. Dengan gaji lebih RM2,500
sebulan, dia banyak
menghabiskan masa dengan melanggan pelacur murahan
setiap kali bermalam atau berhenti di bandar atau pekan
kecil dilalui.


Masyaallah terus sungguh perangai dia,
tapi tahniah la sebab dah dapat balasan

Tiada ulasan: