Khamis, 14 April 2011

raja petra tak tudoh najib

KUALA LUMPUR: Pengendali blog
Malaysia Today, Raja Petra
Kamaruddin berkata Datuk Seri
Anwar Ibrahim sudah hilang
kredibiliti dan terbukti gagal
menunjukkan kepimpinan yang
efektif sejak janjinya pakatan
pembangkang menubuhkan
kerajaan pada 16 September
2008 tidak menjadi kenyataan.
Mengakui turut menjadi mangsa
janji Anwar itu, Raja Petra
berkata Ketua Pembangkang itu
pernah memberi harapan palsu
kepadanya semasa beliau dalam
tahanan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.
"Anwar datang ke mahkamah
kerana ada dua kes yang
berjalan serentak dan beritahu
saya jangan susah (hati), tidak
lama lagi awak akan keluar
sebab kita akan bentuk kerajaan
pada 16 September," katanya
dalam temu bual eksklusif
dengan Pengarang Kumpulan
TV3 Datuk Ashraf Abdullah di
Perth, Australia baru-baru ini.
Rakaman temu bual bahagian
kedua itu itu disiarkan dalam
Buletin Utama TV3
malam ini.
Raja Petra berkata, kegagalan
pakatan pembangkang untuk
menubuhkan Kerajaan
Persekutuan pada 16 September
2008 seperti yang dijamin oleh
Anwar telah melunturkan
harapan pengundi yang
menyokong pembangkang.
Malah, kata Raja Petra kabinet
bayangan pun pakatan
pembangkang tidak mampu
tubuhkan.
"Misalan sekarang pun sudah
timbul soalan shadow kabinet.
Anwar kata tidak perlu shadow
kabinet..tapi istilah shadow
kabinet ialah seorang ahli
pembangkang menjadi shadow
kepada seorang ahli kabinet.
Tidak semestinya shadow
kabinet ialah kabinet yang
bersedia untuk memerintah.
"Tapi sekiranya shadow kabinet
pun kita tidak mampu tubuh,
macam mana nak perintah?
Siapa ahli kabinet. Pengundi-
pengundi ingin tahu," katanya.
Beliau berkata, sekiranya sebagai
pembangkang pun belum boleh
buktikan
kebolehan mereka, bagaimana
pengundi hendak yakin
bahawasanya pembangkang
boleh
menjadi kerajaan.
"Sebab menjadi pembangkang
lebih senang, kerana apabila kita
jadi pembangkang, kita
membangkang saja, kita tak
perlu laksanakan. Tetapi apabila
kita menjadi kerajaan, kita perlu
laksanakan apa yang kita kritik
semasa kita menjadi
pembangkang," katanya.
Raja Petra berkata: "It is not so
easy...kritik senang.
Melaksanakan apa yang kita
cakap, itu lagi susah. Tetapi kalau
sebagai pembangkang pun
gagal, sudah tentu rakyat kurang
yakin sebagai satu kerajaan."
Justeru, katanya, Anwar sudah
hilang kredibiliti dan gagal
sebagai seorang pemimpin.
Beliau berkata, janji-janji kosong
yang ditaburkan oleh Anwar,
krisis dalaman yang tidak
berkesudahan dalam pakatan
pembangkang dan masalah
peribadi yang dihadapinya sudah
cukup untuk rakyat menilai
kepimpinan Anwar.
Malah, katanya, dalam pakatan
pembangkang pun, Anwar tidak
dihormati dan ini menimbulkan
persoalan bagaimana beliau
boleh memimpin negara.
"Jadi di sini nampaknya Anwar
gagal menjaga parti-parti
komponen...dan menjaga
pemimpin-pemimpin, alasan
yang diberi kita bagi kebebasan
bersuara, tapi itu pun tidak betul
sebab apabila ada sesiapa yang
mengkritik pemimpin, dia ambil
tindakan terhadap mereka.
Kebebasan tidak diberi," katanya.
Raja Petra berkata, selain itu,
pakatan pembangkang tidak
boleh bersatu kerana berlainan
ideologi.
"Dalam kerajaan negeri Selangor
saja, perselisihan faham antara
PAS, DAP dan Keadilan (Parti
Keadilan Rakyat) amat ketara.
"Misalan di Selangor, (Exco Hal
Ehwal Islam, Adat-adat Melayu,
Infrastruktur dan Kemudahan
Awam Selangor Datuk Dr) Hassan
Ali keluar kenyataan lain yang
berbeza dari dasar kerajaan
negeri, dan Hassan Ali
mengatakan ini dasar PAS.
PAS kata bukan, itu pandangan
peribadi, itu bukan dasar parti
yang
PAS tidak terima.
"Jadi di dalam PAS pun, mereka
tak bersatu. DAP pulak
mengatakan tidak boleh...jadi
kecoh," katanya.
"Contohnya, dalam isu penjualan
arak di Selangor. Kita ambil satu
isu saja, beer misalnya …orang
sudah keliru. Boleh ke, tak boleh?
Yang ini kata boleh, yang ini kata
tak boleh."
"Yang ini kata rampas, yang ini
kata serah balik, tidak boleh
rampas. What is the policy
(apakah dasarnya yang sebenar)
?" katanya.
Raja Petra berkata, Anwar yang
sepatutnya jadi penasihat
ekonomi kerajaan Selangor, "ada
pernah ke Anwar keluar
kenyataan, dan berkata this is
the
policy? Ini dasar dia, tapi Anwar
diam."
"Sementara di bawah bergaduh,
itu bukan satu contoh
kepimpinan yang baik...a leader
knows how to control his
soldiers (seorang pemimpin tahu
bagaimana untuk mengawal
pegawainya)," katanya.
Beliau berkata, selepas tiga tahun
berkuatkuasa di beberapa
negeri, rakyat sudah boleh
menilai prestasi pakatan
pembangkang.
Kini "ramai orang yang bersuara
kepada saya beritahu mereka
sudah disillusioned...mereka
sudah tidak yakin dengan
pembangkang," katanya.
Menyentuh mengenai kes liwat
yang dihadapi Anwar, Raja Petra
mendakwa ianya banyak
menimbulkan kekeliruan di
kalangan rakyat.
"Sekarang ini kebanyakan orang
keliru sebab timbul isu postpone
(tangguh), pergi mahkamah,
postpone. Orang tidak mampu
follow (ikuti).
"Kita kena faham. Bukan semua
orang lawyer. Kadang-kadang
lawyer sendiri pun keliru, lagikan
pulak orang macam kita yang
bukan lawyer. So lama-lama
orang dah tidak boleh ikut kes
ini. Too confusing, tidak tahu
what is going on …baik
selesai saja kes ini once and for
all," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: